Pengerusi Senat Kena Tumbuk

Sudah tak selamat walaupun di mana jua kita berada, siapapun kita walaupun di negara kita sendiri. Walaupun tak seteruk Palestin namun kadang-kadang perkara yang terjadi di Malaysia ni pun pelik-pelik jugak. Mari boikot barangan yang ada sangkut paut dengan Yahudi, Israel dan Amerika!!
Pengerusi Senat kolej New Era ditumbuk hingga berdarah hidung oleh seorang lelaki yang tidak dikenali semasa majlis konvekesyen ke-10 kolej tersebut. Dalam kejadian itu orang ramai termasuk ibubapa gempar apabila Dr Yap Sin Tian ditumbuk dimuka dengan begitu tepat sekali.
Penumbuk (orang yang menumbuk) tersebut dikatakan bekas pelajar kolej terbabit naik ke pentas ketika pembesar suara mengalami kerosakan. Orang ramai ingatkan salah seorang dari maintenance staff tapi apa yang mereka lihat satu adegan tumbukan ala the contender. Besar kemungkinan beliau tak puas hati tak dapat sijil dekan masa belajar dulu.
Akibat tumbukan itu Dr Yap Sin Tian dikejarkan ke Pusat Perubatan Pakar Kajang (KSMC) untuk mendapat rawatan lanjut. Laporan polis telah dibuat berhubungan perkara itu.
Nampaknya orang kita semakin berani bertindak ganas dan dengan berani melepaskan kemarahan tidak kira kepada siapa saja. Mungkin juga undang-undang jenayah patut dipertingkatkan lagi. Ingatkan dalam dewan parlimen tokyo je gaduh-gaduh begini..






