Macam-Macam Hal Dunia
Ini kisah haru yang terjadi di Fulton Country, Amerika Syarikat, yang presidennya itu nyaris-nyaris kena tapak kasut saiz lapan atas muka tu..Ya USA. Rolands Milinaviciua 38, seorang ahli perniagaan menembak mati dua orang pekerjanya yang berumur 25 dan 28 kerana menuntut kenaikan gaji. Kerana tension dengan tuntutan pekerjanya itu, Rolands dengan selambanya telah menembak kedua mereka. Ni pun sebenarnya salah pekerja tu juga, yang pergi minta naik gaji masa syarikat tengah bermasalah siapa suruh. Ambik kau sedas, habis cerita. Jadi orang-orang kita ambillah pedoman dari kisah di atas. Mintalah kenaikan gaji ketika mood bos ok.
Ini satu lagi cara mudah untuk berniaga. Kalau di Malaysia jangan cuba ya, kerana orang sini ganas-ganas. Sebuah syarikat pemotongan rumput di Memphis Tennessi menggunakan gadis-gadis cantik berpakaian bikini untuk memberi perkhidmatan membersih halaman rumah. Halaman rumah saja ya, laman bilik tidur tak ada pula diceritakan. kalau kat Malaysia, habis jahanam dah gadis-gadis berkenaan.
Ini kisah pelik. John Richards berumur 74 tahun dari Somerset tidak menyedari yang selama ini lehernya patah. Perkara ini di sedari setelah hanya beliau ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan. Menurut Richards beliau mungkin mendapat kecederaan itu bila terjatuh semasa mencuri buah epal 59 tahun dulu. Kata doktor jika ada hentakan kecil di kepala Richards sudah memadai untuk membuatkan beliau kembali ke alam barzakh.
Macam-macam kisah Orang Putih ni.






