Alkisah Kereta Termahal..SUV Prombron
Anda kaya dan tak tahu nak buat apa dengan duit yang ada? Selain bersedekah amal jariah atau memang buntu tak tahu nak buat dengan duit yang ada, kami sarankan anda beli kereta ni,
The €1million White Gold & Whale Penis SUV Prombron Monaco Red Diamond Edition

Dah tak ada dengan benda lain ke nak buat selain dari ’senjata’ ikan paus tu, kesian beliau diambil ‘barang’nya bagi memenuhi nafsu yang tak sudah puak-puak manusia.

Kereta ni bernilai 1 million pound atau dalam melayunya RM5.54 juta. mari kita lihat ciri-cirinya secara ringkas.

- bingkai cermin disadur emas, ekzos tungsten tulin, meter bertatah belian, tempat duduk bersalut dari kulit paling lembut didunia dari kemaluan ikan paus, bahagian luar dibuat dari bahan kalis peluru, kevlar, dihias dengan sebotol Vodka yang bernilai RM4.45 juta dan macam-macam lagilah, lenguh nak tulis satu-satu, lagipun tak dapat komisyen pun jika kereta ni terjual.

jadi kepada anda yang berminat bolehlah hubungi syarikat pembuatt ini untuk tempahan. Syarikat tersebut ialah Dartz Kombat. No telefon minta kat talian TM 103. Chow..






