Archive

Posts Tagged ‘artis kita’

Penyanyi Rem Kena Rompak

January 17th, 2009

Perompak ni tak kira siapa anda, artis ke, pak menteri ke, dara ke, bujang ke, mak janda atau siapa saja anda asal ada peluang kita mungkin jadi mangsa.

Itulah yang terjadi kepada Rem, penyanyi bersuara serak-serak basah yang popular dengan lagu selingkar kasih. Rem menjadi mangsa rompak ketika bersama kawannya sedang minum-minum di salah sebuah restoran makanan segera di Ampang jam 5.00 pagi. Jam 5.00 pagi orang dah tak berapa ramai, senang lah perompak-perompak buat kerja mereka.

Dalam kejadian itu, Rem dan kawanya kehilangan komputer riba mereka dan yang agak tragisnya laptop tu baru je seminggu beliau beli. Takpelah dari hilang nyawa baik hilang laptop saja. Rem berkata beliau diacu parang dilehernya. Ngeri sungguh.

robber

Jadi kepada pengguna-pengguna laptop diluar sana tu, silalah berhati-hati kerana anda mungkin juga terdedah kepada perompak terutamanya kini banyak restoran-restoran sudah menyediakan kemudahan WIFI. Pilih tempat yang ramai orang dan biarlah berpada-pada melayari net untuk keselamatan bersama. Ingat!! Jenayah membawa padah.

Rem atau nama sebenarnya Ramzani Kassim pernah memenangi anugerah Artis Baru Lelaki Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 1998. Sekian kisahnya.

Alkisah Artis Kita ,