Archive

Posts Tagged ‘adsense’

GOOGLE - BEST YA AMAT

January 31st, 2009

Patut la pun Syarikat Google memenangi syarikat paling mesra pekerja beberapa tahun kebelakangan ni. Tengok lah sendiri situasi dan ruang kerja yang amat best tahap tak ingat ni. Siapa yang melayari internet dan tak kenala akan apa itu google dia tu ibarat tengok TV tak kenal Mawi. begitulah popularnya google - sebuah enjin carian. Dengan sekeping laman web yang ala kadar di muka depannya itu menjadikan mereka kaya raya.

Mari kita tengok apa yang menarik sangat pakcik google ni.

image001

Kapsul penghilang tekanan kedap bunyi dan cahaya.

image003

Papan gelongsor untuk turun ke tingkat bawah. Dah macam taman permainan kanak-kanak dah jadinya. Besi palang tu pula persis di Balai Bomba untuk mempercepatkan turun ke bawah. Best betul.

image004

Makan sambil kerja ke, kerja sambil makan? Ah pening dibuatnya. Tengok dressing pekerja mereka, sempoi je macam nak gi lepak shopping complex je kan? Rasa nak apply kerja sini je. Ruang makan yang mengalahkan hotel 5 bintang.

image005

Setiap pekerja dibekalkan dengan skrin yang besar tak ingat!! Ntah apa la diorang buat, chatting kot.

image0061

Papan putih besar ini ada di mana-mana saja bagi mencatat idea yang keluar. ” idea hadir tidak hanya duduk di opis sahaja, ianya datang tidak bertempat”, kata salah seorang manager google. Google best. Gagal tak best.

image008

Waaahhh.. yang ni lagi dasyat!! siap ada Pool tables lagi tu..penat bekerja bermain, dapat kat kita bermain jelah kerja kita kan? Best best.

image009

Setiap floor, pekerja mereka diberi ruang peribadi untuk bercakap di telefon tanpa gangguan. Pekerja cemerlang syarikat terbilang. Mungkin itulah motto google.

image0101

Ada masalah dengan PC? jangan bimbang bawa saja ke teknikal support. Sambil menunggu anda akan di layan dengan minuman yang tersedia untuk dinikmati.

image011

Tenangkan diri dengan ruangan spa dan professional massage ini. Masa mana kerja tak tahulah diorang ni.

image012

Kan dah cakap..masa mana kerja tak tahulah diorang ni. Siapa ada kerusi urut ni mahu 5 6 jam duduk kat sini saja. Pukul 5 balik.

image013

Buku yang berlambak untuk dibaca, habis mengurut pergi membaca jap, pastu main pool dua tiga round, tak pun makan-makan je dulu pastu balik..

itulah serba sedikit tentang kelebihan bekerja dengan syarikat gergasi enjin carian ini. Hasil dari iklan saja mereka mampu mnjadi antara syarikat terkaya di dunia. Adwords dan adsense itulah antara punca kekayaan mereka. Try kita tak payah guna adwords mereka..hehehe

Itulah kisah Google. tempat anda kerja pula macamana?

Alkisah yang best , ,