Alkisah Ikan Hiasan paling Mahal

Bila dah kaya, duit bukanlah masalahnya. Kita dah baca pasal domain paling mahal. Ni pulak alkisah tentang ikan hiasan paling mahal. Ikan ini pernah di tawar untuk dibeli seorang kaya yang bernama Encik Aro Dynasty. Beliau telah menawarkan untuk membeli seekor Arowana Platinum bersaiz 15 inci dengan harga $80,000.00 sahaja, tak mahal sangat pun. Tapi Arowana Platinum ini bukannya untuk dijual. Ikan ini juga pernah ditawar dengan harga $400,000.00! Ikan ini sekadar untuk pameran saja. Jika mampus rugi begitu saja juga. $400 k? berbaloikah? Baik beli lembu, sembelih bagi makan kat anak-anak yatim ramai-ramai, lagi ada pekdahnya..Macam-macam alkisah didunia yang fana ini. Ikan kembung kat kampung pun dah mahal sekarang ni..






