Archive

Archive for the ‘Islam dan kisahnya’ Category

Alkisah - Penemuan Orang Islam Yang Mengkagumkan Part#1

July 6th, 2010

Kita selalu didoktrinkan apa ilmu yang hebat dihasilkan dari orang Barat, malah dari Jepun juga sehingga kita terlupa bahawa sebenarnya orang-orang Islam dahulu adalah lebih banyak membuat penemuan hebat dalam sains dan teknologi mendahului Barat. Tahukan anda bahawa kehidupan moden kita masakini adalah tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim.

Inilah penemuan muslim yang luar biasa:

1. Pembedahan
al-zahrawi
Sekitar tahun 1000, seorang doktor Islam, Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dikatakan menciptakan sepasang alat pembedahan.

2. Kopi
kopi
Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Qairo oleh sekelompok pelajar yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.

3. Mesin Terbang
mesin-terbang
Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka sebuah perangkat sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Italia Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.

Bersambung..

Islam dan kisahnya , ,

Alkisah Tok Sami Solat

March 15th, 2010

Bolehkah ini macam? Ntahla gambar betul atau tidak? No komen..korang saksikanlah sendiri. Banyak soalan timbul jika gambar ini gambar betul..Kalaulah mamat 2 orang tu islam kenapa la jahil sangat pakai pakaian sami budha tu? Kalaulah 2 orang mamat tu budha kenapalah jemaah lain tidak larang? Kerana berdiri sama-sama ngan saf jemaah lain? Atau bolehkah budha masuk masjid dan solat seperti orang Islam? Jawapannya mungkin ada di sini. Wallahuallam.

solat

Islam dan kisahnya ,

Alkisah Ayat Al-Quran Pada Bayi

October 25th, 2009

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

1

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

2

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

3

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

“Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis,” kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan , wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

“Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu,” kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

Wallahuallam

Islam dan kisahnya , ,

Susahnya Malaikat Meminta Tanah Dari Bumi

July 14th, 2009

Buat renungan bersama, agak panjang artikel ni tapi apa salahnya sesekali layan benda berfaedah kan? kalau masuk panggung boleh dudk 2 jam layan cerita apa salahnya luangkan sedikit masa untuk benda-benda ilmiah macam ni..jom kita baca ramai-ramai..

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABDUL BASYAR / Bapa segala manusia) Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam.

Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:

” Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.

Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur.

Katakan bahawa

kerjamu atas perintah dan atas namaKu.”

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.”

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: “Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis 2. Tanah Bukit Tursina 3. Tanah Iraq 4. Tanah Aden 5. Tanah Al-Kautsar 6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah 7. Tanah Paris 8. Tanah Khurasan 9. Tanah( Babylon ) 10. Tanah India 11. Tanah syurga 12. Tanah Tha’if Menurut Ibnu Abbas:

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq ,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden , kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris ,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon . Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.

11.Dua kakinya dari tanah India , tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13.Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

Read more…

Islam dan kisahnya , ,

3 Soalan 1 Jawapan

June 29th, 2009

Ada seorang pemuda yang lama sekolah
di luar negeri, kembali ke tanah
air. Sesampainya di rumah ia meminta
kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru
agama,kiyai atau sesiapa sahaja yang
boleh menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu
mendapatkan orang tersebut, seorang
kiyai.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa
menjawab pertanyaan- pertanyaan
saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan
izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan
Profesor dan ramai orang yang pintar
tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh
kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang
dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka
memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi
pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa
anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah…Tamparan itu
adalah jawaban saya atas 3
pertanyaan yang anda ajukan kepada
saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak
mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan
saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan
pertama…kita semua merasakan
kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat

Kiyai : Apakah tadi malam anda
bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan
dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang
saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan
saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari
api dan neraka juga terbuat
dari api, jika Tuhan menghendaki maka
neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan
untuk syaitan.

Islam dan kisahnya