Archive

Archive for the ‘Alkisah Artis Barat’ Category

Alkisah Jacky Chan Main Ping Pong?

March 2nd, 2010

Memang tahap dasyat ya amat la diorang ni main ping pong. Tapi tengok ke muka dia ada iras-iras Jacky Chan, betul ke tidak ntah le tapi skill memang tahap Lee Chong Wei. Mantap!!..Korang layan lah yer, gua nak gi amit raket ping pong jap, nak training, rasa macam nak main ping pong la plaks..tengok skil futsal rasa nak main futsal..ntahahahahahantah betul..

Alkisah Artis Barat ,

Alkisah - MJ face

July 6th, 2009

Malas la nak tulis panjang-panjang. lagipun satu dunia dah tahu pasal MJ ni..korang layan la sendiri yer, gua nak ke kebun jap, tanam pisang.

Alkisah Artis Barat , ,

Kwai Cheng Mati Kerana Onani

June 6th, 2009

Kwai Cheng seorang bintang kungfu yang amat dikenali. Kehebatan seni kungfu lembutnya, Sifu kepada ramai hero dalam wayang. Best beliau ni. namun demikian sehebat-hebat beliau pun akhirnya mati ditangan beliau sendiri. hehehe..

Beliau ditemui mati di  Hotel Nai Lert Park, Bangkok kerana asyik melakukan onani, begitulah laporan dari polis Bangkok. Carradine,72 popular apabila muncul dalam filem Kill Bill (2003) dan Kill Bill 2 (2004). Namun demikian polis masih lagi menyiasat dengan mengambil DNA pada beliau dan pada tali yang mengikat kemaluan dan lehernya.

Teknik yang beliau gunakan pun agak pelik, kreatif sungguh, bukan cara-cara yang biasa orang lain guna. apa-apaun teknik yang anda guna, onani adalah tidak bagus. Sila jangan amalkan, tak baik.

Alkisah Artis Barat ,

10 Selebriti Yang Paling Berpengaruh

February 15th, 2009

Setelah kita tinjau 100 manusia paling kaya mari kita tengok pula 10 selebriti barat yang paling berpengaruh dari segi populariti mahupun pendapatan sepanjang tahun 2008 hingga kini. Dah la kaya, popular lagi tambah-tambah pula hensem tahap pelakon twilight pula. Jom check it out…

1.

Oprah Winfrey - Pengacara rancangan The Oprah Show ini menerima bayaran sebanyak $275 juta untuk program tersebut yang membolehkan beliau berada di ranking pertama selebriti yang paling berpengaruh. Ditambah pula dengan kontrak baru selama 3 tahun dengan stesen XM Satellite Radio yang bernilai $55 juta. Bestkan? Dah kaya berpengaruh la kau, cuba miskin-miskin macam orang lain tiada siapa yang sudi memandang walau sebelah mata.

2.

Tiger Wood - Beliau bukanlah seekor harimau yang diperbuat daripada kayu tetapi pemain golf handalan dunia. Menduduki ranking ke-2 selebriti paling berpengaruh di dunia pada ketika ini. Dengan pendapatan mencecah $115 juta hasil dari memukul sebiji bola dan penajaan dari Nike, Accenture, Buick dan Gillette dan minuman Gatorade yang dimiliki oleh beliau sendiri. Tahniah untuk beliau.

3.

Angelina Jolie - Si cantik manis berbibir seksi ini juga tersnarai dalam slebriti paling berpengaruh. Melibatkan diri dalam program keamanan dunia makin menjadikan beliau popular dan pendatan beliau juga agak lumayan iaitu sekitar $11 juta sahaja. Untuk gambar bayi kembarnya sahaja Jolie dan Pitt menerima bayaran tertinggi untuk kategori gambar bayi tetapi mereka mendermakan wang tersebut ke badan kebajikan. Wang makan tak habis derma jelah ye tak?

4.

Beyonce Knowles - Selepas mengambil keputusan untuk keluar dari Destiny Child dan bergerak secara solo, rezeki minah ni makin mencurah-curah hasil dari 2 album platinum emas, tajaan, fesyen dan perjanjian publisiti. Dengan tajaan dari L’Oréal, American Express dan lain-lain lagi memberikan beliau $10 juta setahun disamping telah berjaya menjual tiket bernilai $50 juta untuk road tour beliau. Gila-gila.

5.

David Bechkam - Sebuah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, menjadi idola kanak-kanak dan remaja, menjadi igauan anak-anak gadis dan yang tidak gadis, menjadi mimpi ngeri kepada pertahanan lawan, menjadikan suami-suami wanita cantik tak senang duduk, menjadikan Posh tak cukup duit akibat nak jaga kecantikan menjadikan LA Galaxy berfikir dua kali nak jual atau tidak kepada Milan, menjadikan income Real Madrid naik mendadak musim 2007, itulah David Beckham dengan pendapatan $50 juta.

6.

Johnny Deep - Si lanun kacak ini menjadi popular setelah membintangi siri Pirates kegemaran ramai itu. Dengan memperolehi $72 juta menjadikan Johnny Deep turut tersenarai dalam 10 selebriti paling berpengaruh. Cayalah bro.

7. 

Jay-Z - Hensemkah beliau? Namun itu bukanlah persoalannya. Yang jadi persoalannya ialah beliau juga tersenarai dalam 10 list ini kerana apa? Kerana beliau juga kaya. Beliau juga ialah suami kepada Knowles dengan pendapatan $80 juta. Pada April lalu beliau menandatangani kontrak $150 juta untuk 10 tahun bagi rakaman lagu, penjenamaan dan juga road tour bersama Live Nation. Banyak duit sungguh mamat ni.

8.

The Police - Mereka bukanlah anggota polis Bukit Aman ataupun polis New York jauh sekali polis trafik yang menjaga lalulintas tetapi mereka ialah kumpulan rock era 1970an lalu dan masih berpengaruh hingga kini. Kembali aktif tahun 2007 dan membuat road tour dimana mereka memperolehi jualan tiket sebanyak $200 juta!!

9.

J.K Rowling - Mungkin ramai yang tak berapa kenal kepada gadis ini. Untuk pengetahuan semua beliau adalah merupakan penulis buku yang paling digilai seluruh dunia, Harry Porter. Buku ni telah terjual sebanyak 375 juta naskah sehingga kini. Pendapatan dari royalti Harry Porter ini menjadikan beliau antara wanita terkaya dunia dengan $300 juta sahaja berbanding saya RM300!!

10.

Brad Pitt - Adakah kerana kekayaan atau kehenseman beliau yang menjadikan beliau turut tersenarai dalam top ten list ini. Namun apa-apa pun mamat ni memang kaya ditambah pula mendapat isteri yang cantik si Jolie tu. Anggaran pendapatan beliau adalah sebanyak $20 juta.


Alkisah Artis Barat , ,

Pakaian Paling Buruk Golden Globe Award

January 14th, 2009

Setelah tinjauan dibuat oleh jurukamera kami, maka dipersembahkan pakaian paling hodoh yang dikenakan oleh celebriti-celebriti barat ni semasa anugerah Golden globe baru-baru ini. Hodoh-hodoh pun pakaian je, muka tetap lawa semacam je, kaya pulak tu. Hodoh kat mana tak tahu lah pulak, tengok cun-cun je semua ni. Mari kita tengok artis mana yang terpilih.

1. anne-hathaway1

2. cameron-diaz

3. christina-applegate

4. marisa-tomel

5. megan-fox

6. miley-cyrus

7. renee-zellweger

8. rumer-willis

9. sally-hawkins

10. serena-van-der-woodsen

Alkisah Artis Barat , ,